Plastik Kereta Banjir

December 27, 2021 by No Comments

Bagi keluarga yang sering berdepan dengan banjir, idea plastik kereta banjir ialah sebuah idea bernas!

Tular di applikasi Tik Tok tentang sebuah keuarga yang membalut keretanya dengan plastik kereta ketika banjir.

@magoariel_sams

Balut Hadiah / Gifts Wrapping ❎ Balut Kereta / Car Wrapping ✅ #flood2021 #banjir2021 #banjir #airbah #ayaqbah #hujan #flooding #viral2021

♬ Janji Manis – Masdo
Perkongsian di Tik Tok

Artikel penuh di The Vocket di link ini mengenai sebuah keluarga di Kemaman yang membalut kereta mereka menggunakan plastik yang tebal dan ‘menambat’nya pada tiang luar rumah.

CeritaMalaysia.com juga ada berkongsi tentang kisah balut kereta masa banjir ni di link ini.

Jadi hari ini Cik Min carikan di Shopee produk ini dan terjumpa sebuah kedai yang menjual plastik ini di Malaysia. Susah juga nak cari di Shopee walaupun ura-uranya dah ada tempat yang menjual plastik ni tapi mungkin bukan di platform ini.

Sebelum beli juga kena semak saiz dan jenis kereta yang muat sebab tidak dinyatakan. Dan perkara yang perlu dipertimbangkan ialah tempat simpan plastik yang maha besar ini masa tak digunakan. Dah lipat pun masih besar ni rasanya!

Kereta juga tak boleh lama-lama dalam plastik ni sebab perlu di’start’ setiap hari bagi mengelakkan kehabisan bateri kan.

Flood Car Bag / Plastik Tebal Banjir Kereta / Reusable Thick Waterproof Plastic Water Flood Protection

Plastik kereta banjit
Plastik kereta banjir boleh dibeli disini.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada belian di Shopee. Untuk membeli boleh klik disini.

Ini keterangan dari penjual:

Save your beloved car from flood. Save money! Material: PVC Function: Waterproof, flood protection Durable and reusable Super strength and thick *** Protect all your assets during flooding time ***

Plastik Kereta Besar untuk Balut Kereta

Namun apabila membaca di artikel di Siakap Keli ini tentang praktikaliti membalut kereta dengan plastik membuatkan Cik Min berfikir semula. Betul juga kan, daya apungan kereta dalam plastik membuatkan kereta lebih ringan dan mudah terapung.

Apapun Cik Min pasti Tuan/Puan boleh membuat pilihan yang bijak tentang keputusan ini. Kami pun masih fikir-fikir lagi nak beli ke tidak pada musim banjir begini.

Jika sedang survey beg kecemasan bencana boleh baca perkongsian disini.

Perkongsian ini adalah dari hasil survey dan penulis tidak bertanggungjawab diatas kerugian yang berlaku selepas membaca tulisan ini.

Admin SurveyBarang.com

Leave a Comment

Your email address will not be published.